PUSAT SUMBER IBNU KATHIR SMA JAIM AL AHMADI
SELANGKAH KE PUSAT SUMBER SERIBU LANGKAH PENGETAHUAN
Translate
Nasihat Jerk...
Thursday, 27 September 2012
Tuesday, 25 September 2012
PROJEK PENAIKTARAFAN
PROJEK PENAIKTARAFAN PUSAT SUMBER
BERMULA TAHUN 2011 SEHINGGA 2012, PUSAT SUMBER IBNU KATHIR SMA JAIM AL-AHMADI TELAH MENJALANKAN PROJEK PENAIKTARAFAN PUSAT SUMBER IBNU KATHIR.PROJEK TERSEBUT TELAH DIRASMIKAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT DATUK SERI HAJI MOHD. ALI BIN HJ MOHD. RUSTAM (KETUA MENTERI MELAKA) PADA 5 APRIL 2012. AHMADI MENCATAT SEJARAH !
BEBERAPA PERUBAHAN TELAH KAMI LAKUKAN, ANTARANYA ADALAH KAUNTER SIRKULASI MENGGUNAKAN SISTEM AUTOMASI.KAMI JUGA TELAH MENGUBAHSUAI KEDUDUKAN RAK BUKU DENGAN LEBIH TERSUSUN DAN MEMAKSIMAKAN PENGGUNAAN TEMPAT YANG TERHAD. SELAIN ITU, KAMI TELAH MENAMBAHKAN LAGI KESELESAAN DI DALAM PUSAT SUMBER DENGAN KEMUDAHAN PENGHAWA DINGIN DAN SUDUT TAYANGAN.
SESI PROSES TEKNIK BAHAN BUKU
SELEPAS SELESAI PROJEK PENAIKTARAFAN
Monday, 24 September 2012
LAWATAN KE I-CITY
LAWATAN KE I-CITY |
PROGRAM KE I-CITY |
DI DALAM SNOW WALK |
PADA 19 MEI 2012, PUSAT SUMBER IBNU KATHIR SMA JAIM AL-AHMADI TELAH MEGADAKAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR. TERDAPAT 3 TEMPAT YANG TELAH DILAWATI. TUJUAN PROGRAM INI ADALAH UNTUK MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN YANG LUAS. LAWATAN INI BUKAN SAHAJA UNTUK BELAJAR TETAPI UNTUK MENENANGKAN FIKIRAN PELAJAR YANG STRES SETELAH PENAT BELAJAR SEHARIAN.
LAWATAN INI TELAH DISERTAI OLEH PELAJAR MENENGAH RENDAH, MENENGAH ATAS DAN JUGA BEBERAPA ORANG GURU PENGIRING. TEMPAT YANG KAMI LAWAT ADALAH RUMAH 4 MUSIM DI SELANGOR, MASJID SHAH ALAM DAN I-CITY ( TEMPAT YANG MENJADI DESTINASI IMPIAN PESERTA PROGRAM INI ).
DI TAMAN BOTANIKAL |
Thursday, 20 September 2012
KERATAN AKHBAR
Guru,
pelajar perlu tingkat pengetahuan dalam ICT
Penolong Ketua Pusat Sumber Ibnu
Kathir Sekolah Menengah Arab Jaim Al Ahmadi Sungai Udang, Muhammad Fauzi Tumin
mengimbas buku yang dipinjam oleh pelajar-pelajar.
MELAKA 5 April - Para pelajar dan
guru perlu meningkatkan pengetahuan, penggunaan dan keupayaan dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di pusat sumber sekolah.Ketua Menteri,
Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pusat sumber tidak seharusnya dijadikan
gedung buku-buku semata-mata sebaliknya perlu dimanfaatkan sebagai pusat ICT.
Menurut beliau, dengan adanya
kemudahan itu di pusat-pusat sumber sekolah, ia akan menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan.
"Penggunaan wadah dan bahan di pusat
sumber juga dapat membantu guru menerangkan hukum, konsep dan hujah dengan
lebih efektif dan ini sudah tentu dapat memperkayakan pengalaman pelajar dan
guru," katanya.Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis
perasmian Projek Naiktaraf Pusat Sumber Ibnu Kahtir Sekolah Menengah Arab (SMA)
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Al-Ahmadi, Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, di
sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa
Hal Ehwal Agama Islam negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai
Udang, Datuk Yaakub Md. Amin.
Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata,
majlis itu merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha melahirkan dan memupuk
minat membaca serta mengaplikasikan ICT dalam penggunaan pusat sumber
sekolah.Menurut beliau, ICT di pusat sumber juga memainkan peranan penting
dalam menjayakan program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) yang diwujudkan
kerajaan pada 1998 bagi melahirkan masyarakat yang minat membaca.
"Penggunaan aplikasi ICT di
perpustakaan akan memudahkan lagi proses mendapatkan maklumat buku serta
mengakses pinjaman pelajar dan guru-guru," katanya.
LAMPIRAN GAMBAR MAJLIS PERASMIAN PROJEK NAIK TARAF PUSAT SUMBER SEKOLAH
KETIBAAN Y.A.B DATUK SERI HJ MOHD ALI BIN HJ MOHD RUSTAM
KETUA MENTERI MELAKA
KETIBAAN YB DATUK HJ
YAAKOB BIN MD AMIN
PENGERUSI JAWATANKUASA NEGERI
HAL EHWAL AGAMA ISLAM
PERSEMBAHAN SILAT OLEH PELAJAR SMA
JAIM AL-AHMADI
UCAPAN PERASMIAN NAIK
TARAF PUSAT SUMBER SEKOLAH SMA AL- AHMADI OLEH Y.A.B DATUK SERI HJ MOHD ALI BIN
HJ MOHD RUSTAM
KETUA MENTERI MELAKA
PENYAMPAIAN ‘MOCKUP’
CHECK
SESI PENYAMPAIAN HADIAH
KEPADA PEMENANG PROGRAM ANJURAN PSS
TAKLIMAT
PENGGUNAAN SISTEM AUTOMASI OLEH PENGAWAS PUSAT SUMBER
Perasmian Gimik oleh
YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam
LAWATAN KE PUSAT SUMBER IBNU KATHIR
BERSAMA TUAN PENGARAH JABATAN
PELAJARAN MELAKA DAN KETUA PENOLONG PENGARAH JAIM.
JAMUAN MAKAN BERSAMA
YAB DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM DENGAN PENTADBIR SEKOLAH
Subscribe to:
Posts (Atom)