Translate

Nasihat Jerk...

Thursday 20 September 2012

KERATAN AKHBAR


Guru, pelajar perlu tingkat pengetahuan dalam ICT
Penolong Ketua Pusat Sumber Ibnu Kathir Sekolah Menengah Arab Jaim Al Ahmadi Sungai Udang, Muhammad Fauzi Tumin mengimbas buku yang dipinjam oleh pelajar-pelajar.



MELAKA 5 April - Para pelajar dan guru perlu meningkatkan pengetahuan, penggunaan dan keupayaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di pusat sumber sekolah.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pusat sumber tidak seharusnya dijadikan gedung buku-buku semata-mata sebaliknya perlu dimanfaatkan sebagai pusat ICT.
Menurut beliau, dengan adanya kemudahan itu di pusat-pusat sumber sekolah, ia akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan.
"Penggunaan wadah dan bahan di pusat sumber juga dapat membantu guru menerangkan hukum, konsep dan hujah dengan lebih efektif dan ini sudah tentu dapat memperkayakan pengalaman pelajar dan guru," katanya.Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis perasmian Projek Naiktaraf Pusat Sumber Ibnu Kahtir Sekolah Menengah Arab (SMA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Al-Ahmadi, Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Yaakub Md. Amin.
Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, majlis itu merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha melahirkan dan memupuk minat membaca serta mengaplikasikan ICT dalam penggunaan pusat sumber sekolah.Menurut beliau, ICT di pusat sumber juga memainkan peranan penting dalam menjayakan program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) yang diwujudkan kerajaan pada 1998 bagi melahirkan masyarakat yang minat membaca.
"Penggunaan aplikasi ICT di perpustakaan akan memudahkan lagi proses mendapatkan maklumat buku serta mengakses pinjaman pelajar dan guru-guru," katanya.

LAMPIRAN GAMBAR MAJLIS PERASMIAN PROJEK NAIK TARAF PUSAT SUMBER SEKOLAH




KETIBAAN Y.A.B DATUK SERI HJ MOHD ALI BIN HJ MOHD RUSTAM
KETUA MENTERI MELAKA





KETIBAAN YB DATUK HJ YAAKOB BIN MD AMIN
PENGERUSI JAWATANKUASA NEGERI HAL EHWAL AGAMA ISLAM



PERSEMBAHAN SILAT OLEH  PELAJAR  SMA  JAIM  AL-AHMADI



UCAPAN PERASMIAN NAIK TARAF PUSAT SUMBER SEKOLAH SMA AL- AHMADI OLEH Y.A.B DATUK SERI HJ MOHD ALI BIN HJ MOHD RUSTAM
KETUA MENTERI MELAKA


PENYAMPAIAN ‘MOCKUP’ CHECK



SESI PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG PROGRAM ANJURAN PSS



 TAKLIMAT PENGGUNAAN SISTEM AUTOMASI OLEH PENGAWAS PUSAT SUMBER


Perasmian Gimik oleh YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam




     LAWATAN KE PUSAT SUMBER IBNU KATHIR BERSAMA TUAN PENGARAH      JABATAN PELAJARAN MELAKA DAN KETUA PENOLONG PENGARAH JAIM.



 JAMUAN MAKAN BERSAMA YAB DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM DENGAN PENTADBIR SEKOLAH


No comments:

Post a Comment