Translate

Nasihat Jerk...

NILAM



Prakata

NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta akan budaya membaca dan budaya ilmu. 

Program NILAM :

merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.

merupakan penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.


Program ini telah dilaksanakan bermula daripada Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah pada tahun 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan. BTPN Melaka mengambil pendekatan untuk menyusun maklumat-maklumat pelaksanaan Program NILAM yang diselaraskan di peringkat Negeri Melaka. Buku ini disusun sebagai panduan pelaksanaan Program NILAM seluruh sekolah Negeri Melaka.


Penerbitan buku ini diharapkan menjadi sumber rujukan pelaksanaan Program NILAM yang telah diseragamkan di seluruh Negeri Melaka. Pihak sekolah dapat menggunakannya sebagai satu senarai semak untuk memenuhi keperluan sumber rujukan dalam membina dan menggalakkan tabiat membaca di sekolah.


Akhir kata, seluruh Jawatankuasa Penerbitan buku ini ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak terutamanya kepada Pengarah Pelajaran Melaka, Ketua Penolong Pengarah BTPN Melaka, Penolong-penolong Pengarah, Jawatankuasa Pengurusan Sumber Pendidikan dan Guru Perpustakaan dan Media Sekolah yang telah membantu secara langsung menyusun maklumat yang diperlukan sehingga terhasilnya buku Program NILAM ini.










MEMBINA TABIAT MEMBACA

1. LATAR BELAKANG
Terdapat beberapa kajian dan dapatan tentang  tabiat membaca di negara ini. Kajian tersebut mendapati taraf membaca rakyat Malaysia masih rendah.

1.1 Kajian tentang tabiat membaca yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tahun 1996 (melalui Frank Small & Associates) menunjukkan adanya perbezaan ketara antara kadar literasi dan tabiat membaca. Kadar literasi negara mencapai 93% manakala kadar mereka yang membaca buku hanya mencapai 87% sahaja. Kajian tersebut juga mendapati rakyat Malaysia membaca hanya 2 buah buku setahun.

1.2 Pihak UNESCO yang membuat anggaran tahap literasi setiap 5 tahun mengganggarkan tahap literasi rakyat Malaysia bagi tahun 1995 ialah 84%. Pada masa ini terdapat aktiviti-aktiviti atau projek-projek galakan membaca yang telah dan sedang dijalankan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, sama ada aktiviti asas, pemupukan atau pengayaan yang perlu diteruskan.




2. RASIONAL

Suatu tamadun bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan.











3. PENDEKATAN

Pendekatan yang wajar diambil dalam pembinaan tabiat membaca mesti berupa paksaan yang berterusan. Perkara-perkara utama adalah seperti gambarajah berikut:



































Pendekatan Program







KONSEP PROGRAM NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) 

1. Pengenalan

NILAM ialah satu program galakan membaca yang dilancarkan di peringkat kebangsaan dan merupakan suatu program yang dilaksanakan secara terancang dengan melibatkan semua murid sekolah rendah dan menengah bagi membentuk tabiat suka membaca.

2. Matlamat
Menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup. 

3. Objektif
3.1 Meningkatkan minat membaca yang berterusan (avid reader).
3.2 Memperbanyak bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan murid.

3.3 Mengenalpasti dan melahirkan tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan.
3.4 Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti.
3.5 Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan di kawasan sekolah.

3.6 Mewujudkan rangkaian pembacaan antara institusi pendidikan, kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela.
3.7 Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.


4. Tempoh Pelaksanaan
4.1 Julai hingga September (Tahun 1).
*Murid Tahun Satu yang sudah mahir membaca boleh     
                       menyertai program ini bermula bulan Januari.

4.2 Januari hingga September
- Sekolah Rendah (Tahun 2, 3, 4, 5 dan 6)
- Sekolah Menengah (Tingkatan Peralihan, 1, 2, 3, 4, 5 dan 6)
4.3 Mei dan September
- Penghantaran Data NILAM ke Pusat Kegiatan Guru 
                                 menggunakan borang-borang berikut:

4.3.1 Sekolah Rendah   – BTP/LN/J/SR/ 03
    - BTP/LN/RP/SR/03

4.3.2 Sekolah Menengah – BTP/LN/J/SM/03
 – BTP/LN/RP/SM/03

(Sila Rujuk Lampiran A dan B )

5. Sasaran

Program NILAM mula dilaksanakan secara berperingkat kepada murid pada tahun 1999. Mulai Tahun 2003, semua murid di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah adalah wajib menyertai Program NILAM.

6. Tenaga Pelaksana

Peringkat Pelaksana
Sekolah
Rendah/ Menengah Guru Penolong Kanan 1, Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (GPM)/ Penyelaras PSS, Ketua Panitia Bahasa, Guru NILAM, Guru Bahasa, Guru Mata Pelajaran dan Guru Kelas.

PKG Pegawai Teknologi Pendidikan PKG

BTPN Penolong Pengarah dan Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Pengurusan Sumber Pendidikan


7. Bahan Bacaan

7.1  Buku (termasuk Fiksyen dan Bukan Fiksyen)

7.2  Majalah

7.3  Akhbar

7.4  Bahan Internet

7.5 Jurnal

7.6 Risalah


8. Lokasi Sumber 

8.1 Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah

8.2 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri

8.3 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Cawangan/Daerah

8.4 Perpustakaan Bergerak

8.5 Perpustakaan Desa

8.6 Perpustakaan Masjid

8.7 Perpustakaan FELDA/ KEMAS

8.8 Perpustakaan persendirian (keluarga)

8.9 Bahan daripada rakan

8.10 Bahan koleksi sendiri

8.11 Kedai buku

8.12   Sumber-sumber lain























Pelaksanaan Am

 1. Jawatankuasa Program NILAM Peringkat Negeri



PENAUNG
(Pengarah BTP)
PENASIHAT
1. (Pengarah JPN)
2. (KSP Akademik)
PENGERUSI
(KPP BTPN)
SETIAUSAHA
(PP UPSP BTPN)
PEN.SETIAUSAHA
(PTP BTPN)
Peg.Pen.Daerah
(MT,Jasin,AG) Persatuan Kebangsaan Pengetua SM Majlis Guru Besar
Jemaah Nazir Melaka

Pengerusi PKG dan PTP PKG PERPUSTAM 
PUSTAKAM



















2. Bidang Tugas BTPN / Pegawai Teknologi Pendidikan PKG
2.1 Memahami dasar dan matlamat program.

2.2 Memberi taklimat kepada GPM / Guru NILAM


2.3 Memastikan pelaksanaan Program NILAM berjalan lancar melalui :

i) Perjumpaan dengan GPM dan Guru Panitia Bahasa.

ii) Pemantauan

iii) Laporan pelaksanaan.


2.4 Mengenalpasti masalah kelemahan dan kekuatan program serta mengambil tindakan susulan.

2.5 Menyelia aktiviti-aktiviti yang menyokong Program NILAM.


2.6 Memastikan Program NILAM dilaksanakan mengikut perancangan.

2.7 Membuat laporan berkala di dalam borang Program NILAM kepada BTPN selepas satu minggu pemantauan dibuat.


2.8 Menyediakan ‘pengkalan data” dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan Program NILAM.

2.9 Membuat analisis Program NILAM berdasarkan data terkumpul di sekolah ahli.


2.10 Membantu pihak sekolah dalam merancang dan menyelaras aktiviti Program NILAM yang boleh menjurus ke arah meningkatkan pembacaan berkualiti







3. Jawatankuasa Program NILAM Peringkat Sekolah
3.1 Sekolah Rendah









































                                               




3.2 Sekolah Menengah. 











































16. Peranan Ahli          


4. PERANAN AJK PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH.

A.       PENASIHAT- PENGETUA/GURU BESAR
          
Pengetua/Guru Besar sebagai pentadbir sekolah bertanggungjawab memastikan kejayaan pelaksanaan dan keberkesanan program ini.

B. PENGERUSI – GURU PENOLONG KANAN 1

1. Mempengerusikan setiap mesyuarat JK Program NILAM.
2. Memahami dasar dan maklumat program.
3. Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.
4. Memastikan pelaksanaan program berjalan dengan lancar melalui :
i) Penyeliaan
ii) Perjumpaan dengan guru 
iii) Temubual murid dan ibu bapa secara informal.
iv) Laporan pelaksanaan.
5. Mengenalpasti masalah kelemahan dan kekuatan program  dan mengambil tindakan susulan.
6. Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program NILAM.
7. Menentukan bahan bacaan mencukupi dan sesuai.
8. Melantik ahli panel untuk mengenalpasti murid yang layak untuk diberi pengiktirafan di peringkat sekolah.
9. Meluluskan peruntukan kewangan dan yang berkaitan.

B. TIMBALAN PENGERUSI – PK HEM/PK KO- 
            KURIKULUM/PENYELIA PETANG

1. Menjalankan tugas pengerusi semasa ketiadaannya.
2 Membantu pengerusi merancang, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai Program NILAM.
3. Membantu pengerusi untuk menjayakan Program NILAM
4. Mengenalpasti masalah kelemahan dan kekuatan program dan mengambil tindakan susulan.
5. Menyelia aktiviti-aktiviti yang menyokong Program NILAM.
6. Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program NILAM.
7. Membantu pengerusi melantik ahli panel untuk mengenalpasti murid yang layak diberi pengiktirafan di peringkat sekolah.
8. Menyediakan pengurusan kewangan Program NILAM.

C. NAIB PENGERUSI – GPK HEM, GPK KO-KU, PENYELIA PETANG

Menjalankan tugas pengerusi dan timbalan pengerusi semasa ketiadaannya.


D. PENYELARAS  – GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH

1. Berperanan sebagai penyelaras dalam Jawatankuasa Program NILAM sekolah
2. Memastikan pelaksanaan Program NILAM berjalan lancar di sekolah.
3. Menyampaikan segala maklumat dan keperluan Program NILAM kepada Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, dan PTP PKG
4. Mengetuai Majlis Taklimat dan Jawatankuasa Pelancaran Program NILAM.
5. Mengetuai Panel Penilaian Anugerah Program NILAM sekolah.
6. Menguruskan bajet untuk Program NILAM sekolah.

E. SETIAUSAHA - GURU NILAM

1.        Berperanan sebagai setiausaha dalam Jawatankuasa  Program
           NILAM sekolah.
2. Mewujudkan Fail Program NILAM.
3. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat Program NILAM.
4. Menyediakan data dan maklumat NILAM.
5. Menganalisis data Program NILAM.
6. Menyediakan laporan berkaitan NILAM kepada GPM.
7. Menjadi urus setia Majlis Anugerah NILAM sekolah.
8. Menggerakkan aktiviti program galakan membaca bagi Program NILAM.
9. Menyediakan Jadual Pelaksanaan NILAM.
10. Menyelaraskan murid tahap rakan pembaca  kepada guru-guru pembimbing.

F.       GURU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

1. Membantu menyediakan bahan bacaan yang cukup dengan jumlah murid.
2. Membantu guru NILAM melaksanakan Program Galakan Membaca.
3. Sebagai setiausaha jawatankuasa Pelancaran NILAM.
4. Menjadi urus setia Majlis Anugerah NILAM.









G. GURU MATA PELAJARAN 

1. Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing. (Guru Kelas)
2. Menandatangani buku rekod NILAM murid di bawah jagaan mereka.
3. Menggalak dan membimbing murid di bawah jagaan untuk aktif dalam Program NILAM.
4. Melaporkan kemajuan Program NILAM murid di bawah jagaan kepada Guru NILAM. 
5. Membawa murid-murid ke perpustakaan mengikut jadual. (Guru Bahasa)

H.        GURU RAKAN PEMBACA 

1. Memberi motivasi kepada Rakan Pembaca (RP) agar mereka 
           boleh  membimbing dan menarik minat murid lain supaya suka  
           membaca.
2. Guru RP membimbing murid-murid melaksanakan aktiviti RP.
3. Meninjau sejauh mana perkembangan aktiviti yang dijalankan oleh 
murid secara tidak formal.
4.        Mengesahkan kad RP di bawah jagaan Guru RP
   
I.        KETUA BIDANG / KETUA PANITIA

1.        Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan untuk murid.
2.        Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjurus ke arah pembacaan berkualiti.
3.        Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program NILAM bersama-sama penyelaras program.
4.        Memantau pelaksanaan Program NILAM.
5.        Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid.

J. GURU KELAS  / GURU BAHASA 

1.     Menyediakan sudut  bacaan di kelas masing-masing.
2.     Mendapatkan Buku Rekod Bacaan dari PSS / koperasi dan mengedarkan kepada murid.
3.     Menggalakkan murid mengikuti aktiviti Program NILAM secara
           aktif.
4. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid.
5. Merekod bilangan buku yang dibaca ke dalam borang data NILAM.
6. Membantu pelaksanaan Program NILAM mengikut perancangan.
7. Menyerahkan data NILAM kepada Guru NILAM setiap hujung 
           bulan.
8. Mengenal pasti dan menyenaraikan murid yang layak ke tahap Rakan Pembaca kepada Guru Pembimbing Rakan Pembaca.

K. PIBG
1. Menggalakkan anak-anak membaca di rumah dengan bimbingan daripada ibu bapa.
2. Menyediakan bahan bacaan di rumah.
3. Membuat pinjaman bahan bacaan daripada sumber lain seperti di Perpustakaan Awam dan sebagainya.
4. Memastikan anak-anak sentiasa mempunyai bahan untuk dibaca dan membuat rekod bacaan.
5. Mengesah dan menandatangani rekod bacaan anak-anak.


5.        Elemen-elemen Program NILAM

Rekod Membaca
1. Setiap murid merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM 
2. Setiap murid merekodkan bilangan buku yang dibaca dalam Carta Banci Bacaan dengan pemantauan guru bahasa.


Pengesahan Pembacaan
Semua guru boleh mengesahkan rekod NILAM murid. 

Pengiktirafan
Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca (Tahap Jauhari) dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan (Tahap Rakan Pembaca).



















6.      Pelaksanaan NILAM Peringkat Sekolah

6.1    Carta Aliran













































7.     Perancangan Tahunan Program NILAM 


Bulan Aktiviti
Tindakan
Dis - Jan Pembelian Buku Rekod NILAM/Kad Rakan
 Pembaca/Carta Banci Bacaan/Sijil di BTPN Melaka   Sekolah
Jan Taklimat Program NILAM kepada semua sekolah 
(GPM dan Guru NILAM) BTPN/ PKG
Jan - Feb i.   Pembentukan Jawatankuasa NILAM sekolah
ii.  Mesyuarat Jawatankuasa NILAM
iii. Taklimat Program NILAM kepada guru dan
     murid
iv. Majlis Pelancaran Program NILAM Sekolah
Jan – Sept Program NILAM bermula di sekolah
i)   SR   :  Tahun 2, 3, 4, 5 dan 6 
                           (Tahun Satu digalakkan)
ii)  SMK :  Tingkatan Peralihan, 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 Sekolah
April Pemantauan pertama oleh Pegawai Teknologi Pendidikan  ke sekolah-sekolah PTP PKG
BTPN
Mei Laporan NILAM bulan Jan -April dihantar ke PKG
(Kecuali Tahun 1 dan Tingkatan 6) Sekolah
Julai i.  Program NILAM  Tahun 1 bermula
ii. Pelancaran Tahun Membaca Sekolah
Ogos Pemantauan kali ke 2 oleh Pegawai Teknologi Pendidikan  ke sekolah-sekolah ahli PTP PKG
BTPN
September i.  Rekod Program NILAM dikemaskini dan dianalisis.
    (Kecuali Tingkatan 6)
ii. Menghantar senarai nama murid Tahun 6 dan
    Tingkatan 5 sahaja yang mencapai Pengiktirafan
    NILAM ke BTPN Melaka Sekolah
Oktober i.   Penilaian Jawatankuasa NILAM sekolah
ii.  Penghantaran Laporan Tahunan NILAM  ke PKG
     (Kecuali Tingkatan 6)
iii. Anugerah NILAM peringkat sekolah. Sekolah
Oktober Pemberian Sijil Anugerah NILAM 
i. Peringkat Sekolah (Tahun 1-5, Tingkatan 1-4)
ii. Peringkat Negeri ( Tahun 6, Tingkatan 5)
Sekolah
BTPN

November Analisa Data Tahunan NILAM
PKG/ BTPN
Disember Laporan siap untuk diperbanyakkan dan sedia diedarkan ke sekolah-sekolah pada Januari tahun berikutnya.
BTPN

8.            Carta Gantt  Perancangan Tahunan Program Nilam 
Sekolah Rendah Dan Menengah

Bil
Aktiviti Bulan
JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT NOV DIS
1
Pembelian Buku Rekod NILAM/Kad Rakan Pembaca/Carta Banci Bacaan/Sijil di BTPN Melaka.
Pelaksanaan
2 Taklimat Program NILAM kepada semua sekolah
(GPM dan Guru NILAM)
Pelaksanaan
3 Pembentukan & Mesyuarat  J/K Program NILAM peringkat sekolah
Pelaksanaan
4 Taklimat kepada guru dan murid
Pelaksanaan
5 Majlis Pelancaran NILAM peringkat sekolah
Pelaksanaan
6 Program NILAM bermula
Pelaksanaan
7 Pemantauan Pertama oleh PKG/BTPN
Pelaksanaan
8 Penghantaran data NILAM Jan-April ke PKG (kecuali Tahun 1 & Tingkatan 6)
Pelaksanaan
9 Program NILAM bermula untuk Tahun 1
Pelaksanaan
10 Pemantauan Kedua oleh PKG/BTPN
Pelaksanaan
11 Borang NILAM dihantar ke BTPN oleh PKG
Pelaksanaan
12 Anugerah peringkat sekolah/ Sijil Pengiktirafan Anugerah NILAM Tahun 6 dan Tingkatan 5
Pelaksanaan
Petunjuk :

Pelaksanaan di semua SR dan SM Pelaksanaan Program NILAM bagi Tahun 1 di SR pada bulan Julai

PANDUAN PELAKSANAAN NILAM TAHAP JAUHARI

1.  PENGENALAN

     Tahap ini dinamakan Tahap JAUHARI. Pada Tahap ini semua murid diwajibkan mengikuti aktiviti galakan membaca yang dirancang dan dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah sepanjang tahun.


2.  CIRI-CIRI TAHAP JAUHARI

     2.1  Semua murid wajib mengikuti Tahap Jauhari.

     2.2  Murid mula mengikuti aktiviti sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran
            asas membaca.

2.3 Murid sekolah rendah memulakan aktiviti Tahap Jauhari pada pertengahan
       Tahun 1 sehingga tamat Tahun 6.
            (Murid tahun 1 boleh memulakan aktiviti pada bulan Januari jika mereka
            sudah boleh membaca).

     2.4  Murid sekolah menengah memulakan aktiviti Tahap Jauhari sebaik sahaja
            masuk Tingkatan 1 sehingga tamat Tingkatan 5.

     2.5  Aktiviti Tahap Jauhari ialah murid membaca, murid merekod, guru
            mengesahkan dan murid diberi pengiktirafan.




















3. PROSES KERJA PROGRAM NILAM TAHAP JAUHARI




                                                



































































4. CADANGAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA

4.1 Cadangan Aktiviti Galakan Membaca Untuk Sekolah Rendah

Aktiviti Membaca / Tahun Pelaksanaan T1 T2 T3 T4 T5 T6 Catatan
1.  Projek CAKNA Rujuk ms 45 NILAM
2.  Kempen Membaca ARAS:
     2.1  Sepatah Perkataan Sehari T1 dan T2 Asas
     2.2  10 Minit Membaca T3 dan T4 
     2.3   Hari Membaca (Sehari dalam seminggu) Pemupukan Membaca
     2.4   Minggu Membaca (Seminggu dalam sebulan) T5 dan T6 
     2.5   Bulan Membaca (Sebulan dalam satahun) Pengayaan
     2.6   Tahun Membaca
     2.7   Ceramah Buku
     2.8   Khemah Membaca
3.  Kerja Projek
     3.1    Buku Skrap
     3.2    Penjilidan Akhbar / Majalah
     3.3    Koleksi Gambar / Setem
     3.4    Lakaran Pemahaman Bacaan
     3.5    Sudut / Laluan / Taman Ilmu
4.  Minggu Pusat Sumber Sekolah
5.  Iqra’ (10 – 15 Minit)
6.  Membaca Bersama
7.  Wakaf Ilmu (Pondok Bacaan)
8.  Bacalah Sayang
9.  Pertandingan
      9.1   Membaca Terbanyak
      9.2   Bina Minda
      9.3   Kuiz Pengetahuan
      9.4   Kuiz Mata Pelajaran
      9.5   Pidato
      9.6   Bercerita
      9.7   Mindaku Berkreatif
10.  Pesta dan Pameran Buku (Sekali setahun)
11.  Radio Sekolah
12.  Akhbar Dalam Darjah
13.  Radio dan TV Pendidikan
14.  Reading Is Fun
15.  Spelling Bees
16.  Jejak Maklumat

Nota: 
Penerangan mengenai aktiviti sila rujuk ms 43 Buku Program NILAM –Kementerian Pelajaran Malaysia.





4.2 Cadangan Aktiviti Galakan Membaca Untuk Sekolah Menengah


Aktiviti Membaca / Tahun Pelaksanaan T1 T2 T3 T4 T5 Catatan
1.  Klinik Membaca Rujuk ms 45 NILAM
2.  Kempen Membaca ARAS:
     2.1  Sepatah Perkataan Sehari Peralihan + Ting 1
     2.2  10 Minit Membaca Aras + Pemupukan
     2.3   Hari Membaca (Sehari dalam seminggu) Membaca
     2.4   Minggu Membaca (Seminggu dalam sebulan) Ting 2 dan Ting 3
     2.5   Bulan Membaca (Sebulan dalam satahun) Pemupukan 
     2.6   Tahun Membaca Membaca + 
     2.7   Ceramah Buku Pengayaan
     2.8   Khemah Membaca Ting 4 dan Ting 5 
3.  Kerja Projek Pengayaan
     3.1    Buku Skrap
     3.2    Penjilidan Akhbar / Majalah
     3.3    Koleksi Gambar / Setem
     3.4    Lakaran Pemahaman Bacaan
     3.5    Sudut / Laluan / Taman Ilmu
4.  Minggu Pusat Sumber Sekolah
5.  Iqra’ (10 – 15 Minit)
6.  Membaca Bersama
7.  Wakaf Ilmu (Pondok Bacaan)
8.  Bacalah Sayang
9.  Pertandingan
      9.1   Membaca Terbanyak
      9.2   Bina Minda
      9.3   Kuiz Pengetahuan
      9.4   Kuiz Mata Pelajaran
      9.5   Pidato
      9.6   Bercerita
      9.7   Mindaku Berkreatif
10.  Pesta dan Pameran Buku (Sekali setahun)
11.  Radio Sekolah
12.  Akhbar Dalam Darjah / MDD
13.  Radio dan TV Pendidikan
14.  Perpustakaan Keluarga
15.  Membaca ketika menunggu
16.  Membaca bila-bila
17.  Pemahaman Pantas
18.  Projek Pukal
19.  Jejak Maklumat


Nota: 
Penerangan mengenai aktiviti sila rujuk ms 43 Buku Program NILAM –Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. SIFIR NILAM (TAHAP JAUHARI)

Berikut ialah contoh sifir bacaan minimum yang boleh dicapai oleh murid-murid sehingga akhir tahun persekolahan. (Tahun 6 atau Tingkatan 5)

SEKOLAH RENDAH

Tahun ARAS PEMBACAAN MURID
Asas Sederhana Tinggi Tertinggi
1 9 X 1 = 9 18 X 1 = 18 18 X 1 ½ = 27 18 X 2 = 36
2 18 X I = 18 18 X 2 = 36 18 X 3 = 36 18 X 4 = 72
3 18 X 1 = 18 18 X 2 = 36 18 X 3 = 36 18 X 4 = 72
4 18 X 1 = 18 18 X 2 = 36 18 X 3 = 36 18 X 4 = 72
5 18 X 1 = 18 18 X 2 = 36 18 X 3 = 36 18 X 4 = 72
6 18 X ½ = 9 18 X 1 = 18 18 X 1 ½ = 27 18 X 2 = 36
JUMLAH BUKU 90 180 270 360


SEKOLAH MENENGAH  

Tingkatan ARAS PEMBACAAN MURID
Asas Sederhana Tinggi Tertinggi
1 18 X 1 = 18 18 X 2 = 36 18 X 3   = 54 18 X 4 = 72
2 18 X I = 18 18 X 2 = 36 18 X 3   = 54 18 X 4 = 72
3 18 X ½ = 9 18 X 1 = 18 18 X 1½ = 27 18 X 2 = 36
4 18 X 1 = 18 18 X 2 = 36 18 X 3    = 54 18 X 4 = 72
5 18 X ½ = 9 18 X 1 = 18 18 X 1½ = 27 18 X 2 = 36
JUMLAH BUKU 72 144 216 288

18             = Pinjaman buku dua minggu sekali bagi 36 minggu dalam setahun. Jumlah 36 minggu setahun ialah minggu persekolahan, tidak mengambil kira minggu aktiviti sukan dan peperiksaan.

Nota : i) Murid Tahun 1 menyertai Program NILAM  mulai bulan Julai.  
ii) Murid Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 di anggap mempunyai peluang pada 6 bulan pertama untuk  menyertai program ini dengan aktiviti diperlahankan pada 6 bulan kedua.






6.  Pengiktirafan Program NILAM
     ( Dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi setiap orang murid )

Tahap Jauhari
Sekolah Rendah Tahap Jauhari
Sekolah Menengah

                                                          







































    PANDUAN PELAKSANAAN NILAM TAHAP RAKAN PEMBACA


1.   PENGENALAN

Ciri-ciri tahap kedua NILAM ialah mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca.  Tahap ini dinamakan Rakan Pembaca (RP).  Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menggalakkan orang lain supaya minat membaca.


2.   KELAYAKAN

Murid yang sudah membaca sejumlah 100 buah buku layak memasuki tahap RP.


3.   CIRI-CIRI RAKAN PEMBACA

Murid sudah membaca lebih 100 buah buku

Murid pada tahap RP akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk memantau pelaksanaan aktiviti.

Murid RP dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini.

Seorang guru pembimbing dicadangkan membimbing 10 ahli RP.




















4. PROSES KERJA PROGRAM NILAM TAHAP RAKAN PEMBACA




                                                










































Contoh:














Jawapannya:
Aminah mestilah terus membaca dan mencatat dalam buku Rekod Bacaan NILAM sehinggalah mencapai tahap tertinggi dalam Tahap Jauhari. Di samping itu, pada masa yang sama Aminah perlulah menjalankan aktiviti Tahap Rakan Pembaca.






Langkah 

1. Aminah perlu mendapatkan Kad Rakan Pembaca dan mencatat maklumat 
    peribadinya.

2. Aminah perlu menjalankan aktiviti Rakan Pembaca untuk mendapatkan markah.

3. Semasa mata pelajaran Sejarah, dia diminta oleh gurunya melakonkan  
    semula babak Hang Tuah mengalahkan Hang Jebat di dalam kelas.

4. Dia perlu mendapatkan tandatangan daripada guru Sejarahnya pada kad Rakan   Pembaca selepas melakonkan watak tersebut.

5. Kad Rakan Pembaca hendaklah diserahkan kepada Guru Pembimbing / Guru 
    Bahasa / Guru Kelas untuk dicatatkan markah aktiviti tersebut iaitu sebanyak 5   
    markah.





























5. AKTIVITI  RAKAN PEMBACA ( RP )

Cadangan aktiviti RP
Bercerita
Membaca Bersama
Ulasan Buku
Meminjamkan Buku
Bicara Buku/Diskusi Buku
Syarahan
Forum
Lakonan/Sketsa


5.1 Bercerita

Pengenalan

Bercerita kepada rakan/keluarga/jiran tentang isi cerita sebuah buku. Pada akhir sesi bercerita, RP menggalakkan pendengar meminjam dan membaca buku tersebut.

Strategi Pelaksanaan Aktiviti Bercerita.
* Dilaksanakan secara formal/ informal di sekolah, di rumah, di taman-taman, di tapak perkhemahan, dan sebagainya.
*    Pendengar boleh terdiri daripada sesiapa sahaja termasuk RP, guru, 
         keluarga, jiran, dan lain-lain.
          *   Mencatatkan butiran aktiviti dalam Rekod Aktiviti RP.
          *   Mendapatkan pengesahan guru pembimbing RP.
          *   Masa yang dicadangkan untuk aktiviti bercerita sekurang-kurangnya 
lima minit.

    Contoh  :

                 i. Bercerita tentang isi cerita sebuah buku kepada:
- seorang kawan
- lima orang  kawan
- satu  kelas
- ahli  keluarga

              Nota  :       Sekiranya pendengar lebih daripada lima orang , sila catatkan di ruangan catatan.
                     Contohnya  :     
                                                     Pendengar  :    Seluruh warga sekolah. 
                                                                              Satu kelas dan sebagainya.

*    Bercerita boleh dilakukan di mana-mana tempat yang sesuai.  
Contohnya  di perpustakaan , di pondok bacaan , di rumah atau di perhentian bas.







    



   

5.2  Membaca Bersama

Pengenalan

Aktiviti membaca sebuah buku secara bersama-sama  dengan tujuan bertukar pandangan tentang buku tersebut.  Buku yang dibaca tidak terikat kepada buku cerita sahaja tetapi juga merangkumi buku-buku akademik seperti buku-buku rujukan mata pelajaran.

Strategi  Pelaksanaan  Aktiviti   Membaca  Bersama 

* Dijalankan secara formal / informal di kelas , di kantin , di rumah , di taman,  dan sebagainya.
* Masa  -   tidak ditentukan / dihadkan.
* Ahli terdiri daripada sesiapa sahaja kecuali RP.
* Bilangan ahli tidak melebihi  lima orang.
* Rekodkan butiran aktiviti dalam  kad  RP.
* Mendapatkan pengesahan guru pembimbing.













5.3    Ulasan  Buku

Pengenalan

Menyampaikan ulasan buku cerita yang telah dibaca di hadapan umum.
Contohnya  :  Kelas , perhimpunan  atau  dalam  kumpulan.

Antara kandungan ulasan buku  :

a) Judul
b) Pengarang
c) Penerbit
d) Sinopsis
e) Tema
f) Penerapan  nilai  murni

Pada akhir sesi , pengulas akan menggalakkan murid untuk membaca buku tersebut

Strategi  Pelaksanaan  Aktiviti  Ulasan  Buku 

* Aktiviti dijalankan secara  formal / informal.
* Markah hanya diberi kepada  RP  yang melaksanakan aktiviti tersebut.
* Pendengar  RP  tidak akan diberikan markah.
* Aktiviti direkodkan dalam kad  RP.
* Mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing.




















5.4  Meminjamkan  Buku

Pengenalan

Meminjamkan buku yang telah dibaca kepada sesiapa sahaja  ( rakan, guru, keluarga, jiran, dan lain-lain ).  Ahli  RP  digalakkan meminjamkan buku milik peribadi atau keluarga.

Strategi  Pelaksanaan  Aktiviti  Meminjam  Buku 

* Dijalankan secara informal.
* Markah diberi setiap kali buku itu dipinjamkan (1 markah x 1 orang peminjam ).
* Aktiviti direkodkan dalam kad  RP.
* Mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing.
* Buku yang dipinjamkan mesti telah dibaca oleh RP itu sendiri.











5.5   Bicara  Buku / Diskusi buku.

Pengenalan

Membicarakan buku yang telah dibaca berdasarkan sekurang-kurangnya satu daripada  aspek  berikut  :

(a) Kritikan umum tentang buku.
(b) Membicarakan tentang penulis.
(c) Memberikan pandangan dan cadangan.
(d) Kelebihan dan keistimewaan buku itu.
(e) Kekurangan dan kelebihan kualiti fizikal buku.
(f) Penggunaan  bahasa.





Strategi  Pelaksanaan  Aktiviti  Bicara  Buku / Diskusi buku

* Membicarakan sebuah buku / diskusi buku boleh dilakukan bersama individu yang lain atau RP yang lain sebagai ahli panel di hadapan rakan-rakan.
Contohnya  :   Ibu bapa , adik-beradik , jiran atau rakan.
* Membicarakan sebuah buku boleh dilakukan bersama-sama dengan rakan-rakan di dalam kelas.
* Mendapatkan pengesahan guru pembimbing.

Nota  :  Aktiviti bicara / diskusi buku boleh dilaksanakan di mana-mana tempat yang sesuai.









         


5.6 Syarahan.

Pengenalan

Menyampaikan ceramah , pidato atau ucapan tentang sesuatu topik berdasarkan pembacaan dan rujukan daripada beberapa buah buku.

Strategi Pelaksanaan Aktiviti Syarahan

* Dilaksanakan secara formal di kelas, semasa perhimpunan, pertandingan, dan sebagainya.
* Pendengar terdiri daripada sesiapa sahaja.
* Markah hanya diberi kepada RP yang melaksanakan aktiviti tersebut.
* Aktiviti direkodkan dalam Rekod Aktiviti RP.
* Mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing.






5.7 Forum

Pengenalan

Merupakan perbincangan terbuka tentang aspek-aspek penting dalam sesebuah buku.
Contoh:
- Mengenal watak
- Nilai murni
- Isi kandungan buku
- Tema

Strategi Pelaksanaan Aktiviti Forum

* Dijalankan secara formal.
* Panel terdiri daripada sekumpulan RP. 
* Sekurang-kurangnya empat orang panel.
* Tentukan ahli panel membaca buku yang sama sebelum berforum.
* Markah diberi kepada RP dan ahli panel.
* Pendengar terdiri daripada sesiapa sahaja.
* Aktiviti direkodkan dalam Rekod Aktiviti RP.
* Mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing.
























5.7  Lakonan / Sketsa

Pengenalan

Melakonkan watak daripada buku yang dibaca.

Strategi Pelaksanaan Aktiviti Lakonan / Sketsa

* Sekumpulan RP melakonkan semula watak-watak berdasarkan :
- Keseluruhan buku
- Sebahagian buku

* Bagi aktiviti kumpulan, markah yang sama diberikan kepada setiap ahli  
            yang terlibat dalam lakonan.
* Aktiviti boleh dijalankan di dalam kelas, semasa perhimpunan, dan lain-lain.










  

















6. SIFIR NILAM ( TAHAP RAKAN PEMBACA )

o Setelah membaca 100 buah buku, murid layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.

o Pada Tahap Rakan Pembaca ini, aspek kepimpinan diutamakan dengan memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. 

o Murid  mendapat bimbingan daripada guru (fasilitator).

o Murid  menjalankan aktiviti bercerita, membaca bersama, bicara buku bersama rakan, keluarga, dan jiran.

o Setiap aktiviti akan diberi markah seperti berikut:








Contoh kiraan markah;
1. Bercerita - 1 sesi x 7 pendengar =5 markah
2. Membaca bersama - 1 sesi x 3 pembaca  =3 markah 
3. Bicara buku - 1 sesi x 5 pendengar =5 markah
4. Meminjamkan buku - 1 sesi x 9 peminjam   =9 markah
5. Forum - 1 sesi x 6 pendengar =5 markah
6. Lakonan/Sketsa - 1 sesi x 30 penonton =5 markah
   ________¬¬¬¬¬¬
Jumlah   32 markah

o Pemarkahan hendaklah dicatatkan di dalam Kad Rakan Pembaca.

o Murid yang telah memasuki Tahap Rakan Pembaca hendaklah meneruskan pembacaan dalam Tahap Jauhari serta mencatatkan ke dalam Buku Rekod NILAM. 





7. PENGIKTIRAFAN PROGRAM NILAM TAHAP RAKAN PEMBACA.

Tahap Rakan Pembaca
Sekolah Rendah & Sekolah Menengah
   




   














PENCAPAIAN TAHUNAN         :   Dicatatkan dalam Buku Rekod Kemajuan Murid
PENCAPAIAN KESELURUHAN: Dicatatkan dalam Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah, setelah  tamat sekolah rendah enam tahun dan tamat sekolah menengah lima tahun.
















ANUGERAH TOKOH NILAM

1.  PENGENALAN

Anugerah NILAM telah dilaksanakan pada peringkat negeri dan kebangsaan. Anugerah ini dilaksanakan pada setiap tahun dalam empat kategori :-

1. Anugerah Tokoh NILAM Sekolah Rendah Bandar.
2. Anugerah Tokoh NILAM Sekolah Rendah Luar Bandar.
3. Anugerah Tokoh NILAM Sekolah Menengah  Bandar.
4. Anugerah Tokoh NILAM Sekolah Menengah Luar Bandar.


2.  KRITERIA KELAYAKAN CALON
     
2.1  Buku yang dibaca pada Tahap Jauhari 
- Sekolah Rendah 360 naskah.
- Sekolah Menengah 288 naskah.

2.2  Komposisi minimum buku yang dibaca dalam Bahasa Melayu
        - Sekolah Rendah 108 naskah.
        - Sekolah Menengah 86 naskah.

2.3 Komposisi minimum buku yang dibaca dalam Bahasa Inggeris
  - Sekolah Rendah 72 naskah.
  - Sekolah Menengah 58 naskah.

2.4 Jenis buku yang dibaca adalah Buku Fiksyen, Buku Bukan Fiksyen dan
Buku-buku Karya Besar ( Agung ).

2.5 Pada Tahap Rakan Pembaca sekurang-kurangnya mendapat 100 markah.

2.6 Telah menyertai pelbagai aktiviti galakan membaca.

2.7 Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan minat membaca yang terserlah.

2.8 Berkebolehan untuk membimbing dan menarik minat orang lain.

2.9 Dokumen-dokumen sokongan :-
             - Buku Rekod Bacaan
     - Buku Rekod Prestasi.
             - Sijil-sijil Penyertaan dan Sumbangan.



3.    KRITERIA PENILAIAN TOKOH NILAM

      1.  PENGESANAN KEMAHIRAN MEMBACA (25%)
           (Calon hendaklah membaca teks yang disediakan dalam tempoh yang
           ditentukan berhubung dengan isu-isu pengetahuan am, sains, seni, sukan 
           dan lain-lain.
          
Skimming
Scanning
Analisis
Rumusan

      2.  PENGESANAN PENGETAHUAN (20%)

2.1 Nama penulis dan tajuk buku
2.2 Tema / mesej buku tersebut
2.3 Sinopsis
2.4 Bagaimana buku tersebut membantu kerjaya murid
2.5 Ciri-ciri fizikal buku

      3.  PENGESANAN KEBESTARIAN (20%)

3.1 Kebolehan berhujah
3.2 Kepetahan bercakap
3.3 Kefasihan bertutur
3.4 Perawakan
3.5 Ilmiah

      4.  PENGESANAN PENGHAYATAN & APRISIASI PEMBACAAN (25%)

4.1 Tujuan pembacaan
4.2 Masa pembacaan dalam seminggu
4.3 Pendorong
4.4 Sumber pembacaan
4.5 Peruntukan perbelanjaan

      5.  PENGESANAN KEMAHIRAN MEMBERIKAN PENDAPAT/ULASAN(10%)
           (Calon hendaklah menulis tidak lebih daripada 150 patah perkataan
           (Sekolah Menengah) atau 100 patah perkataan (Sekolah Rendah) dengan 
           berdasarkan soalan yang disediakan dalam tempoh yang ditentukan).

           5.1  Isi
           5.2  Bahasa
           5.3  Kaedah persembahan
           5.4  Penyelesaian masalah

No comments:

Post a Comment