Translate

Nasihat Jerk...

PUSAT SUMBER


PROFIL
PUSAT SUMBER IBNU KATHIR
SMA JAIM AL-AHMADI

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PUSAT SUMBER
PUSAT SUMBER IBNU KATHIR
Pusat sumber sekolah adalah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik. Pusat sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke  arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
Penamaan pusat sumber sekolah kepada Pusat Sumber Ibnu Kathir (PSIK) adalah bertujuan untuk membawa suatu arus pembaharuan khususnya dari aspek budaya membaca dalam kalangan para pelajar SMA JAIM Al-Ahmadi khususnya dan seluruh warga SMA JAIM Al-Ahmadi amnya, merangkumi para guru dan juga staf-staf sokongannya. Ibnu Kathir (w.774H) dipilih kerana beliau adalah salah satu tokoh besar dunia Islam yang namanya telah tercatat dengan tinta emas dalam lipatan sejarah di atas segala sumbungannya yang telah meninggalkan banyak khazanah berharga merangkumi pelbagai bidang keilmuan Islam yang mana hari ini khazanah-khazanah tersebut muncul sebagai karya-karya muktabar dalam setiap bidangnya dan memenuhi perpustakaan-perpustakaan besar seluruh dunia. Antara karyanya yang sangat masyhur ialah Al-Bidayah wa al-Nihayah iaitu kitab sejarah tamadun Islam yang hari ini menjadi rujukan terpenting dan paling lengkap dalam bidangnya mengungguli karya-karya besar lain seperti Tarikh at-Tabari, Sirah Ibnu Hisyam dan lain-lain. Demikian juga dengan kitab tafsirnya yang berjudul Tafsir al-Quran al- Azhim (yang juga dikenali sebagai Tafsir Ibnu Kathir) dianggap kitab Tafsir paling sahih yang wujud pada zaman ini mengatasi kitab Tafsir Ibnu Jarir At-Tabari. Begitu halnya dengan kitabnya mukhtasar Ulum al-hadith iaitu ringkasan beliau ke atas kitab Muqaddimah Ibnu Shalah fi ‘Ulum al-Hadith. Kitab yang terakhir ini hari ini juga menjadi rujukan terpenting dalam bidang ‘ulum al-hadith dan telah ditahqeeq oleh Syeikh Ahmad Muhammad Syakir seorang muhaddith besar yang hidup pada awal abad ini. Maka atas faktor kebesaran dan keagungan beliau dalam bidang keilmuan Islam maka nama beliau diabadikan kepada pusat sumber SMA JAIM Al-Ahmadi dengan harapan nama baru  (Pusat Sumber Ibnu Kathir-PSIK) munculnya bersama harapan baru iaitu gelombang perubahan ke arah mewujudkan satu komuniti intelektual dalam kalangan warga sekolah yang berbudayakan ilmu.

VISI

Pusat Sumber Sekolah sebagai tempat rujukan ilmu 2015

 MISI

Mewujudkan satu komuniti intelektual dari kalangan warga sekolah dan membantu dalam usaha memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.


MOTTO PSS
*Selangkah ke Pusat Sumber Sejuta Pengetahuan*

MATLAMAT

Mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria, kreatif, progresif, berinovasi, interaktif, berteknologi lagi efektif bagi melahirkan anak didik yang mantap serta seimbang pencapaiannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum di samping mampu bersaing di zaman siber ini dengan berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan,Wawasan Pendidikan Sekolah, dan Visi serta Misi Pusat Sumber Ibnu Kathitr SMA JAIM Al-Ahmadi serta selari dengan pemupukan profesionalisme tenaga pengajar yang benar-benar memahami dasar kewujudan, pengoperasian, serta peranan Pusat Sumber sebagai minda sesebuah sekolah.

OBJEKTIF

1. Membantu murid-murid ke arah pembelajaran yang lebih berkesan dan menyeronokkan iaitu pembelajaran berteraskan sumber.
2. Melengkapkan murid-murid dengan kemahiran pembelajaran seumur hidup serta asas kemahiran ilmu ICT.
3. Mewujudkan masyarakat yang berfikir dengan memberi peluang kepada murid-murid untuk memiliki konsepsi tentang pengetahuan, maklumat, nilai-nilai intrinsik estetik, kebenaran dan tujuan hidup.
4. Dapat membentuk sikap bertanggungjawab, berdikari, boleh berinteraksi sesama mereka, bekerjasama, berdisiplin serta memahami alam sekitar.
5. Menambah koleksi BBM yang selari dengan keperluan semasa .
6. Dapat memupuk tabiat bacaan sukarela serta memperkayakan ilmu, nilai dan akhlak sendiri.
7. Menanamkan semangat cintakan sekolah, ingin maju serta berdaya saing untuk mengharungi zaman siber.
8. Dapat meningkatkan minat serta kualiti penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid.
9. Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar
10. Menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan  PSS
11. Meningkatkan profesionalisme guru
12. Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat. Melatih pelajar berdikari menerusi informasi yang boleh dikesan di  PSS
13.  Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar.

PIAGAM

1. Memastikan setiap murid dapat peluang meminjam dan membuat rujukan
2. di PSS dengan selesa dan sama rata.
3. Membina semangat kerja berpasukan dalam kalangan AJK dan
4. pustakawan
5. bagi melancarkan perjalanan urusan PSS.
6. Sentiasa memberi layanan yang mesra kepada setiap penggunaan tanpa
            mengira status
7. Sedia menerima segala teguran dan cadangan untuk mempertingkatkan
           mutu pengurusan

STRATEGI

1. Memupuk minat pelajar terhadap semua mata pelajaran khususnya mata pelajaran bahasa Inggeris dengan menambahkan kuantiti bahan bacaan, meningkatkan kualiti serta bilangan BBM dan menambahkan jumlah software alat pandang dengar yang berbahasa Inggeris serta mata pelajaran lain.
2. Meningkatkan kualiti pengurusan serta keberkesanan perlaksanaan Program NILAM.
3. Mengadakan bengkel-bengkel penggunaan dan pengurusan Pusat Sumber serta kemahiran ICT untuk guru-guru serta Pengawas Pusat Sumber.
4. Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan komponen-komponen Pusat Sumber.
5.    Mempertingkatkan keceriaan Pusat Sumber selari dengan peranannya
       sebagai gedung ilmu.
6.    Menggandakan usaha ke arah pembentukan suasana pendidikan bestari.
7. Memberikan pendedahan berterusan tentang peranan dan pengoperasian PSS kepada warga sekolah serta memperluaskan skop perkhidmatannya.
8. Menghidupkan suasana kekeluargaan di kalangan semua warga Ahmadi di samping mengeratkan hubungan dengan PIBG,PKG dan BTP.

JAWATANKUASA PUSAT SUMBER IBNU KATHIR

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PUSAT SUMBER
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PENTADBIRAN PSS
( PENGETUA & GPK 1)
1. Merancang pengwujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.
2. Menentu dan memastikan segala kemudahan fizikal PSS adalah lengkap.Contohnya: bilik, perabot, bekalan elektrik dan kemudahan asas yang lain.
3. Mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan oleh PSS.
4. Menentukan Sumber kewangan PSS dan cara perbelanjaannya.
5. Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak,media teknologi dan bahan-vbahan bantu mengajar.
6. Menyediakan anggaran perbelanjaan mengurus PSS.
7. Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan.
8. Merangka strategi perkembangan PSS.
9. Merancang aktiviti PSS.
10. Merancang  untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material.

SENARAI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA SEKOLAH

1.  Merancang dan mengajar antara 18 waktu seminggu.
2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS
        bersama pengetua/ guru besar, kakitangan PSS dan pelajar
sekolah.
3.  Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama AJK
Kurikulum Sekolah.
4.  Merancang perolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif,
  seimbang dan kemaskini.
5. Merancang dan melaksanakan program kemahiran maklumat dan
perkhidmatan PSS yang dapat menyokong pelaksanaan P&P.
6. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program Nilam)
dan pembudayaan ilmu.
7. Merancang, melaksanakan dan menyelaras program pembangunan
staf dan program latihan dalaman berhubung dengan PSS.
8. Merancang dan mengurus program PSS.
9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan P&P
berasaskan sumber.
10. Berhubung dan bekerjasama dengan PSPN, PKG, Perpustakaan
Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program PSS.
11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS.
12. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat Jawatankuasa Induk dan
Jawatankuasa Kerja PSS.
13. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program PSS.
14. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori dan peralatan
PSS.
15. Mempromosi dan menjadi ahli persatuan perpustakaan/PSS Negeri.
16. Menjalankan penyelidikan/kajian tindakan berhubung dengan
perkhidmatan PSS.
17. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan,
pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS.
18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan program PSS khasnya
laporan PSS dan nilam kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada
bulan Oktober setiap tahun.
19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan
sekolah dari semasa ke semasa.

SENARAI TUGAS KETUA PANITIA

1. Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan  alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan pelajar
2. Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang dibeli atau dihasilkan sendiri
3. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua
4. Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.
5. Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru.

GURU PERPUSTAKAAN

1. Membantu Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS
2. Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan
3. Menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan menghapuskira koleksi/bahan perpustakaan
4. Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar menggunakan perpustakaan
5. Menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi bahan
6. Menyediakan perancangan dan melakukan promosi  aktiviti perpustakaan yang bersesuaian dengan objektif PSS
7. Menubuhkan J/Kuasa  Guru Pembantu Perpustakaan  dan pengagihan bidang tugas
8. Mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu menggunakan PSS dengan baik dan betul
9. Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk makluman guru dan pelajar
10. Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di sekolah
11. Melatih dan menyelia Kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk membantu menguruskan perpustakaan
12. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
13. Memperoleh dan menyemak bibliografi-bibliografi, katalog-katalog daripada penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli.
14. Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan pelajar mengikut keperluan.
15. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun

SENARAI TUGAS GURU BBM

1. Membantu  Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan menguruskan penggunaan PSS.
2. melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh Jawatankusa Induk.
3. Menyediakan buku Rekod Penggunaan Alat Bantu Mengajar dan memastikan para guru membuat catatan pada buku rekod berkenaan.
4. Memproses bahan-bahan bantu mengajar yang diterima daripada KPM/JPN, PSPN, PPD atau lain-lain sumber dan merekodkan bahan-bahan tersebut ke dalam Buku Stok PSS.
5. Mengurus dan mengelolakan penghasilan bahan serta penggunaan bahan tersebut dengan kerjasama para guru.
6. Membantu Penyelaas PSS dalam memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan bahan-bahan sumber di PSS kepada guru-guru lain, kerani PSS (jika ada),Murid Pembantu PSS dan murid-murid.
7. Bekerjasama dengan Penyelaras PSS dalam pemilihan dan latihan kepada murid-murid Pembantu PSS.
8. Mengesyorkan dan menggalakkan penggunaan bahan-bahan sumber bagi meninggikan tahap pencapaian pembelajaran dan pengajaran guru.
9. Membantu kerja-kerja memesan dan menerima Bahan-bahan Bantu Mengajar seperti carta, nota, model, realia, mock up dan sebagainya.
10. Memproses, mengelas dan mengkatalogkan Bahan-bahan Bantu Mengajar yang terima oleh PSS.
11. Bertanggungjawab mengenai penyusunan BBM di PSS.
12. Bertanggungjawab membaikpulih, menyemak dan menghapuskira BBM dengan kerjasama Guru-guru Pusat Sumber Sekolah.
13. Membuat penilaian tentang perlkhidmatan dan penggunaan BBM.
14. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua/Guru Besar,GPK dan Penyelaras PSS.

SENARAI TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER

1. Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman dan pemulangan)
2. Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain
3. Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna ketempat asal
4. Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas-mengemas
5. Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cop hak milik dan sebagainya
6. Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada pembekal
7. Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap
8. Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan perisian
9. Membantu mempromosikan PSS
10. Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna
11. Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS
12. Membantu membaikpulih bahan-bahan rosak
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS

PERANCANGAN AKTIVITI  TAHUNAN PUSAT SUMBER
SESI 2012
TAKWIM PUSAT SUMBER

1 Taklimat Orientasi kepada pelajar-pelajar tingkatan 1  SMA Al-Ahmadi - Jan
2 Gotong Royong membersihkan dan menceriakan Pusat Sumber - Jan
3 Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber - Feb
4 Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah - Jan
5 Kursus Kepimpinan -  Jan
6 Menceriakan Pusat Sumber -  Sepanjang Tahun
7 Membaikpulih buku -  Sepanjang Tahun
8 Memproses teknik bahan Pusat Sumber- Sepanjang Tahun 
9 Membuat bengkel proses teknik - Februari
10 Bulan / Minggu Pusat Sumber
-Pertandingan Kuiz
- Forum
-Pertandingan Sajak
-Pertandingan Membina
  Peta Minda Kreatif
-Pertandingan Pantun
-Pertandingan Permainan Dalaman
-Pertandingan Outdoor Games
11 Jejak Maklumat Selepas PMR
12 Lawatan Sambil Belajar
13 Ulasan Buku 
14 Pertandingan Peminjam Terbanyak, Pertandingan Pengunjung Popular dan
Pustakawan Dedikasi
15 Mengadakan Sudut NILAM


PENGAWAS PSS 2012

BIL
NAMA
NO K/P
1
MUZANI ASHRAF BIN MUSTAPAH(ketua)
950624-04-5039
2
MOHD FAUZI BIN TUMIN(timbalan)
960715-04-5367
3
MUHAMMAD ZULHAIZAM BIN MD NASIR(s/u)
970503-04-5209
4
MUHAMMAD ZULHILMI BIN ROSLI(bendahari)
950426-04-5233
5
MUHAMMAD AFIQ AIDIL BIN ANUAR( naib s/u)
980201-04-5333
6
AHMAD SYUKRI BIN AMINUDDIN
960725-43-5019
7
MUHAMMAD ASHRAF BIN ASBAH
960725-43-5019
8
IZZANE HELMI BIN HJ YAAKOB
971111-14-6443
9
MUHAMMAD AZWAN BIN AMIR
971217-04-5069
10
MUHAMMAD HAMZAH BIN AHNUAR BAHARI
             970124-01-6221                             
11
MUHAMMAD NUR SHAFIQ BIN NURAIHAN
961014-12-5799
12
AMIRULL  SYAHHIR BIN ZULKIFLI
961014-06-5095
13
AMIR IZZUDDIN BIN ROSLI
970106-04-5117
14
MOHD RAPIZAN BIN RAHMAT
950804-04-5343
15
MUHAMMAD AIDIL WAFI BIN MD AZWAN
980131-04-5767
16
MUHAMMAD NAJIB BIN CHE SUKRI
980517-14-5349
17
SAIFUL AMRI BIN AZHAR
AI 57077
18
MUHAMMAD AIZUDDIN BIN MD ZAINUDIN
980518-04-5139
19
MUHAMMAD ZIKRY BIN HISHAMUDIN
980522-04-5369
20
MUHAMMAD AFIZ BIN ADAM
980813-04-5377
21
MUHAMMAD EZWAN BIN ISMAIL
981211-04-5307
22
ABDUL RAHMAN BIN IBRAHIM
980204-04-5523
23
ABDULLAH RASHID BIN SAMSHUL
960529-04-5371

No comments:

Post a Comment